.::a r r e m b a w i p h o t o p a g e s::.
Photobucket-Video and Image Hosting
By: Muhammad Iskandar Shah Bin Ab Ahmid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 12-Sep-2007 15:21 Email | Share | | Bookmark
::Majlis Kemerdekaan Malaysia Ke-50::

Lampu Hilton
TYT potong kek
Deligasi Indonesia
View all 8 photos...
Bertemu kembali..diharap semua sihat di samping menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia dan sentiasa bersemangat dalam menunaikan ibadah puasadi bulan ini..Malaysia telah pon menyambut ketibaan Ramadhan yang mulia tetapi bagi Maghribi akan menyambut Ramadhan pada hari Jumaat bersamaan 14 september..moga-moga ramadhan kali ini lebih bererti bagi setiap muslim..
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran: “Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.” (Al-Baqarah: 183)
Sekiranya kita fahami Firman Allah tersebut maka kita dapati perintah suruhan kepada orang yang beriman untuk berpuasa..oleh itu ianya menjadi satu kewajipan kepada kita untuk menunaikan ibadah puasa..dan kita sebagai ummat islam haruslah membuang pemikiran yang menyatakan bahawa bulan ramadhan ialah satu adat untuk berpuasa..

Semalam telah berlangsung satu majlis menyambut kemerdekaan malaysia yang ke50..yang telah di adakan di Hotel Hilton rabat..yang hari tu hanyalah untuk pelajar malaysia je dan semalam telah di jemput semua delegasi dari seluruh negara..seperti biasa la..saya tangkap gambar untuk di update dalam fp ni..erm..memang tak menjadi sangat gambar ni.sebab fisrt time tangkap dalam cahaya merah ni..set pon dah tak menjadi..tapi ade lah yang menjadi skit..lagi satu camera saya kuat sangat memakan bateri..angin tol.. baru tangkap bape gambar dah kene cas..memang boring aa dapat camera cam tuh..





Tuan Yang Terutama Othman bin samin bersama dengan pembesar Morocco memulakan majlis dengan upacara memotong kek..dan sebelum itu TYT telah memneri sedikit ucapan dan kata-kata dasar dan juga telah memperkenalkan negara Malaysia yang tercinta kepada tetamu jemputan..











dan tak sangka pulak berjumpa dengan pelajar dari Angkatan Tentera Laut Malaysia yang berlabuh di Morocco ni..fuh..biasa lah dah lama tak jumpe rakyat malaysia tetiba lak kat majlis tu jumpe rakyat malaysia memang terus jadi rapat serapatnya..kalau kat malaysia tu jumpe buat tak tau je..biasalah adat orang merantau..bile berjauhan kalau jumpe orang malaysia memang terus jadi best friend..ape pon buat sahabat ku di Angkatan Tentera Laut Malaysia yang akan belayar ke Dakkha tu selamat sampai..dan Selamat menyambut bulan Ramadhan di tengah laut..huhuhu..



Di kesempatan ini saya Muhammad Iskandar Shah bin Ab Ahmid ingin mengucapkan selamat menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Mubarak Kepada seluruh Warga Fotopages dan sesiapa yang mengenali diriku ini..pohon maaf atas segala kesalahan yang telah dibuat..agar ramadhan kali ini lebih bermakna..
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------




Thursday, 6-Sep-2007 11:35 Email | Share | | Bookmark
::Majlis Resepsi Kemrdekaan::

Majlis Resepsi kemerdekaan
 
 
View all 10 photos...






Salam semua..dalam beberapa hari je lagi bulan yang penuh keberkatan akan bertemu dengan kita kembali selepas hampir setahun meninggal kan kita..Oleh itu,kita sebagai seorang muslim haruslah menyambut nya dengan penuh kesyukuran kerana Allah telah memberi kepada ummat Muhammad S.A.W bulan ramadhan iaitu bulan ibadah..dalam minggu lepas,pihak kedutaan telah mengadakan satu majlis sempena menyambut hari kemerdekaan dan sekali gus telah membuat rakaman untuk satu program di kaca television pada hari raya nanti.hehe..tak sabar rasenye nak masuk tv.program tersebut ialah PANORAMA.dan insyaallah akan di tayangkan pada hari raya 2 malam tersebut...selamat menonton..ape pun kepada orang yang berada di malaysia saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al-mubarak..yang akan bermula pada 13 september ini.dan kami di morocco ni tak tau lah bile.insyaallah same gak kot.huhu..tapi terpakse terima kenyataan yang aku tak dapat berpuasa dan beraya di Malaysia..huhuhuh ..takpe lah..mane2 pun sama je.cume tak dapat makan lemang..tu je..kui3x..di sini saya sertakan hadith-hadith yang menerangkan fadhilat ramadha..marilah kita hayati hadith tersebut..dan hadith yang saya berikan ini adalah hadith yang telah di riwayatkan oleh ulama2 muhaddith.dan hadith tersebut pangkatnya hadis sohih..

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

PENERANGAN HADIS

1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

Biografi

1. Kitab Fadhailul Awqat oleh imam Al-Baihaqi,ditahqiq oleh Adnan Abdul Rahman MajidAl-Qaisi,Maktabah Al-Mnarah,Makkah.

2. Fathul Bari syarah sohih Bukhari oleh Ibn Hajar Al-'Asqalani

3. Syarah sohih Muslim oleh imam An-Nawawi.

di copy dari :http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Ramadhan.html

alamak..ku telah di tag pulak..ape lah nasibku ni..harap-harap..ku terima nasib yang baik..insyaallah..hehehe..

Quote:
Maaflah sebab menge'tag' anda tanpa kerelaan anda..

1 million galore!

Now, what would you do if you had one million in your possession ?
(tagged by syahidd)

Who am I tagging ?
-<< jeff >>, rawcanvas , saudah
**********************************************************************
Instructions :
**Start Copy**
Proposition: If you Have $1,000,000.00…………………………………
Requirements: continue above sentences
Tag Mode: 5 blogger
1st - You leave their blog and post link and add to the list below.
2nd - Let the blogger you want to tag know they been tagged by comment in their blog or etc.

What They Do With Their $1 Million
1. SYH will spend for Family.
2. Miche will give to the needy.
3. Montessorimum will keepsake.
4. Mumsgather will secure her kids’ financial future.
5. bkworm will be debt free.
6. Dancing Queen will go on a lifelong holiday.
7. Eve will invest in properties.
8. dieselfire will create a foundation for underprivileged students.
9. Underneath The Stars will put aside for kids education.
10. AmiraZefr will invest in her kids trust fund and set aside for some TLC holiday trips.
11. Erna will perform Hajj and round the world with my beloved family
12. MamaFaMi will create a foundation for orphans and old folks in Africa.
13. Muna will set up a trust fund for her daughter.
14. Mamasya will go on holiday with family and save some for the future.
15. Jie jie will spend 50% for family, 25% for mosque and 25% give for needy.
16. Fadzlie will spend to new studio
17.Syahidd will create a foundation for students whom doesn't have any scholarship:-D
18.arrembawi will create restourant morocco and balance i'll spend for my mother and father. insyaallah..


Friday, 17-Aug-2007 16:50 Email | Share | | Bookmark
.::Madinah Qadimah,Fez::.

ketekunan
jalan madinah qadimah
kedai antik
View all 10 photos...
Salam semua..hehe..seperti yang saya telah ceritakan..hasil daripada kesibukan saya selama ini telah pun membuat fp ku ini penuh dengan hasil-hasil yang tak seberapa ni..pada 3 minggu yang lepas saya dah pergi ke fes iaitu bandar purba bagi morocco.untuk pengetahuan semua Universiti tertua di dunia adalah Universiti Qarawiyyin yang terletak di fes.Fes ini terbahagi kepada 2 iaitu Madinah Jadidah (Bandar Baru) dan juga Madinah Qadimah (Bandar Lama).bandar baru cam bandar biasa lah tetapi kalau pelancong akan pergi ke Madinah Qadimah kerana di situ terletak nya pusat ilmu dan juga tempat menarik..susah juga nak pg sana.kalau pg madinah lama tu terasa kita hidup pada kurun 6-10 hijrah..lama gak tuh.. dan kalau nak pg melancong di fes ni bawak lah duit banyak2 sebab sana memang banyak barang antik dan juga barang best.. ..so jom kita tengok gambar yang tak seberapa yang saya shoot semasa berada di sana..



Ini adalah jalan sekitar madinah qadimah..kalau jejalan mane memang tak perlu naik kereta..memang sure kena naik kaki..so berpeloh lah bg sape yang tak biasa jalan kaki. die ni ibarat kota lama.yang ada adalah kuda,keldai.2 ekor ini adalah pengankutan yang utama untuk pindah barang..amacam best kan.rase cam hidup zaman dulu je..



Ni pulak saya shoot semasa budak ni tengah syok menekel die nyer periuk tu untuk di bersih kan..kire nak polish balik die nyer periuk tu..untuk makluman semua kat sini lah kalau sesiapa (arab) nak buat kenduri kawin tapi tak de periuk ke boleh lah pinjam atau sewa kat tempat ni..senang kan..tak yah susah nak beli semua...tapi kat sini tu lah aktiviti mencari duit bagi penduduk sini..hanya dalam kawasan ni..kebanyakan mereka hanya berniaga..



Ni pulak kawasan berniaga dorang..jenis cam ni lah kawan dorang berniaga..sama tak cam dalam cerita dulu2 tempat niaga dorang..hehe.. ape pun asal rezeki yang dorang dapat tu halal..dan dapat hidup bahagia..



Ni pulak tukang tenun kain yang sedang khusyok menenung kain dan tengah syok menarik benag die tuh..tengok muke die tu.. ..ape pun tempat ni memang banyak tol kain die sampai juling mata saya tengok pastu mahal lak tu kain die..3 kain 100Dolar!!! memang tak termampu acik nak boli eh do..bg sape yang mampu leh lah boli,esey ni polajar duit pun mintak kek jabatan..huhu..



Dan ni lah hasil eh..kito nengok lelaki tadi yang khusyok menyimpul benang tadi tu..ni hasil dari usaha die..cantik kan..ape pun selamat menjamu mata.. kalau ade gambar yang perlu di perbaiki boleh lah komen sebab saya masih lagi dalam marhalah belajar tangkap gambar yang baik.sebab susah gak nak pakai kamera ni..bg yang ade rahsia tangkap gambar best tu leh lah berkongsi..


Wednesday, 15-Aug-2007 12:37 Email | Share | | Bookmark
::Seas Games 2007::

Kecewa VS Gumbira
Sesi Pembukaan
Gaya Perwira
View all 9 photos...



Ni di mana pembukaan sukan sea 2007 yang telah berlangsung pada 04/08/2007 yang telah di adakan di dewan tertutup ibnu yassin di rabat..kali ni sukan sea ni tolah di anjurkan oleh negara THAILAND..kot 2 tahun lopeh MALAYSIA yang jadi tuan rumah tapi tahun ni bg lah kek thailand..ape pun tahniah buat negara Thailand atas kejayaannya merancang sukan sea tersebut..syabas..



gambar ni telah melambang kan ape bondo yang sayo nak tulih kan..hehehe..pastinya setiap perlawanan pasti ade yang gembiro dan pasti ado yang keciwa..haha..dan tak terlepas pasukan malaysia..pasti ade perlawanan yang malaysia kalah dan ade gak perlawanan yang malaysia monang..oleh tu tu muke-muke yang keciwa dan gumbira ni saya hiaskan dalam FP saya ni..kui..3xLOL



salam..seperti yang telah saya janji kan...hari ni fp ku telah terupdate dengan serta merta..kui..3x..susah betol nak mengupdate fp ni..asyik-asyik server tak elok..hangin badan acik tengok tengok eh.. sebarang komen amatlah di hargai....sekian..tunggu entry untuk di fes pulak..pasti ade yang menarik di sana..


Tuesday, 14-Aug-2007 11:59 Email | Share | | Bookmark
::Kesibukan::

Quote:
salam semua...
harap semua dalam keadaan yang baik..dah lama fotopages saya ni tak ber'update'..bak kata orang neghori "kot di bia kan ayam kek situ agak eh dah menoteh dah telor eh"kui..kui..ibarat tu lah FP saya ni..sebab saya di landa kesibukan yang amat sangat beberapa minggu ni..
-2 Minggu lepas saya telah mengiringi pegawai Jabatan Mufti ke Fes atas tujuan kerja..
-Minggu Lepas telah berlangsungnya SEA GAME yang mana telah di anggotai oleh negara Malaysia,Thailand dan juga Indonesia.yang mana Thailand telah menjadi tuan rumah buat kali ini..danpaling penting saya telah di lantik menjadi juru foto bersama gandingan saya syahidd..
-Minggu ni plak ade summer camp yang telah di buat di kenitra iaitu rumah kami..program ini telah di aturkan oleh biro pendidikan PMMM sendiri..Tahniah buat Biro pendidikan kerana berjaya melakukan program ini..
insyaallah dalam masa terdekat ini saya akan masukkan gambar semasa saya di fes dan juga semasa SEA GAME tersebut...harap dapat bersabar....

*********************************************************************************************


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  8  9  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net